Sunday 31 July 2011

salam ramadhan

Esk bermula lah ramdhan kita..macam biasa je.cuma tahun ni aku strt ramadhan dengan terawih..biasa kat utm jarang aku gi terawih. Duk jadi setan je, dah 24 tahun ni, aku nk la beramal. Sejuk hati sikit..Tahun ni gak, ramdhan aku kat rumah makcik aku..juga cam biasa. Plan untuk raya aku xde. Sebabnya aku xde duit.. duit gaji aku semua untuk yuran master..tu pn entah cukup ke tak. Aku xnak beratkan kepala, so pakai je bju mana ade. Tahun lepas punya pn elok lagi.. cuma aku tengah pikir pasal baju untuk konvo, n yuran konvo..mana nk dapat duit tu..Nasib bf aku ade bg sket..so boleh la..Ni pun xlepas2 lagi nak byr semua tu.. Adoi!!!..aku kena kutip gak semua duit yang kawn aku hutang dulu tu..ade dlm 200 lbh.blh aku byr yuran konvo..Bju tuk konvo aku xpikir lagi nak pakai ape..Tahun ni xdpt la aku bagi duit raya lagi kat sape2.. sbb aku pn papa kedana. nama je dah keje.

Saturday 30 July 2011

Matlamat 2011

hai...Dah terlmbt sebenarnya aku nk tulis matlamat 2011..ni pun dah nk masuk ogos..kang ckp matlamat hidup, cam jauh lak..xkena..bila dah dihitung2, list2 balik, ni la matlamat 2011 aku
:
Grad dengan jayanya
Ni aku dah dapat..xla jayanya sangt..boleh la. yg penting bg aku tem bljr xde sebarang tekann, tido aku cukup, idup enjoy, result pn ok. xde la tergolong dlm bodoh klolo sngt kata orng..aku pernah tiga kali dekan, n tiga kali x..yang paling bangga sem 5 pointer aku 3.76 tu...tiga hari aku puasa syukur..over!!!

Dapat kerja
Aku grad, terus dpt keje..xmerasa tanam anggur, n xjugak merasa mencari kerja,interview pn xde..terus masuk keje. sbb aku keje ngn pakcik aku..stakat ni keje seme ok.mula2 ade aku rs takut2.skarng ni dah ok..so bermula la aku sbgai jurutera kat cmpny pkcik aku..gaji pn blh la tahan..aku lak duduk ngn fmly makcik aku.so xdela susah nak byr rumah, bil api air seme..aku syukur ngn ape yg ade skrng..terima kasih makcik aku n fmly..jasamu ku kenang..Tapi kengkadang, untuk cr pengalam, aku ade la anta resume kat mn2..saje je apply..xde niat nk tukar keje lg takat ni..ade la orng ofer keje kat melaka, tapi aku terpksa tolak..sbb dia baca matlamat pasni..

Sambung master
Ni matlamat secara xsengaja sbnrnya..tp skrng dah mcm nk jd knyataan..buln 9 ni bermula la hidup aku sbgai student balik..jugak kat utm..dua mggu lepas aku dah dpt offer ltter, n aku pn dah trima..cm tnggl nk gi daftr..sbbtu la aku xterima ofer keje kat melaka tu..takut pn ade nk smbung.tapi aku kuatkan hati, cekal kan smngat..sbb impian aku nk kurng2 ade master. sbb dah ramai orng ade dgree,kang ramai orng ade master, aku gedik smbung phd lak..phd bukan impian takat ni.. jd kalo aku jd menantu, so xde la aku sm ngn menantu ln.mak mertua aku pn bangga..menantu aku ni lain sket..hahaha. walaupn aku smbung mster, tapi aku still keje..dapat la income sket2 aku smbung mster n keje ni..lectrr aku bg 1500, tambah gaji lak, aku kira2 cukup la tuk idup..masyukkkkk..mood:$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$RMRMRMRMRM

Kawen
Yang ni payah nk cite..calon sesuai xde lg, n duit pn skepeng xde..aku pikir, matlamat ni aku nk smbung ke 2012, n 2013..kalo 2013 tu xkawen gak, br aku nk sungguh2 n fokus kat matlamat ni..skrang aku xredy lagi tuk ade tnggjwb pape..nk idup sorang dulu.pada jejaka kat luar tu..tunggu la. pelamin tu dah ade, cuma aku je xnk naik2 lg...hahaha

Kete
Aku ingt bila dah ok sket, aku pn dah stabil, blh la aku bl kete..kalo xde sape2 kaco bajet aku, ade la lbh 700..ni aku plan nk kmpul duit n bl kete..kete impian tuk skrng n kn ngn bajet ade dua..neo n gen 2..hope impian aku ni tercapai..amin..cpt2 la..

Bahagiakn semua orng
Bila aku dah strt keje, bermula la tanggungjwb aku pada fmly dr segi kewangn..Setakat ni xpernh lagi aku abaikn tnggungjwb aku yg ni..harap ia akan berkekalan..tngunggjwb pada diri sndiri, aku try tuk puaskn hati aku jugak..walaupn kadang2 aku kn letak tepi dl..tp xpela, aku bkn jns yg tamak n pntingkn diri.bagi aku, aku bhagia bila orng yg aku syg bahgia..

Kejang

hai...aku rs aku ni tulis blog tem ujung mggu je kot..kadang2 hujung mggu pn aku xtulis, xde idea nk tulis ape.kang merepek sngt orng baca menyampah..bukn xde ms, cuma kalo mlm2 aku blk keje, on fb, tp aku duk je guling2..satu hal yg aku xth nape ngn aku ni, aku cpt kejang. baring lama atas lengan, kejang, jaln jauh2 balik kang tido kejang, sejuk, kejang..So kalo tido mlm aku beringt2 la, kalo nk geliat tu jgn over sngt..kang kejang tem tido aku sakit sorng2..Pernah satu hari tu, kul 3 pagi aku trjaga, kaki aku kejang..yg hairanya sebelah je.kul 3.30 kejang lg..kul 4 terjaga lg, dlm telinga gatal..adoiii..memang xpuas tido.bangun pagi mula la ssh..Aku ade la gak baca kat tenet punca kejang otot ni..ni yg aku dapat..

PUNCA
Peredaran darah yang kurang baik.
Kekurangan kalsium.
Terlalu banyak fosforus.
Perkara tersebut boleh menyebabkan kejang betis @ kaki.

aku: xtahu la aku kurang yg mn satu..

LANGKAH PENCEGAHAN
Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam dan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti, beras ceruh, hati.
Kadangkala kalsium yang berlebihan boleh membantu, tetapi jika terlalu banyak minum susu MUNGKIN akan menyerap banyak fosforus. Sederhanakanlah dalam pengambilan pemakanan tersebut.
Anda juga mungkin kekurangan garam ( terutamanya dalam cuaca yang sangat panas ) jadi makanlah sesuatu yang masin pada setiap petang.

aku: roti selalu la gak aku mkn, xmungkin kurng, hati jarang..aku xsk.pedal aku mkn la..so pasni kn kedarah hati la..kang darah tinggi lak..beras ceruh aku xth ape jenis beras.so ssh nak cr xpayah la..kurang garam tu xmungkin sbb aku jenis sk bnda masin..

PENAWAR
Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari ( terus bangun, tanpa mengalih badan mengiring ). Biasanya menolak jauh tapak kaki anda ketika meluruskan kaki. Urut otot-otot tersebut dengan santai.

aku: ni yg slalu aku buat tiap kali aku kejang...satu lagi trtinggal..mulut mesti bising adoi2 doi doi....doi sorng2..sape nak tolong..hahaha

.

Sunday 17 July 2011

try sebut ...

.....dalam boring2 ni try lah kita sebut ayat ni laju2. nk tengok boleh ke x..

red lorry....yellow lorry...red lorry..yellow lorry

try la..jujur aku cakap aku mmg xboleh buat..berputar2 lidah men benda bodo ni..

Saturday 16 July 2011

jom gelak...

Cerita 1: 3 kali je curang...

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...
 
Cerita 2: Menyesal tanya....

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung..
Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?

"Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

"bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain..

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?

"Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung

"maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya

"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi...

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari.......menyesal tanya..........

syyyyhhhhhhhhhh.....jom kita

aku selalu impikan hari kawen aku ade lagu ni..entah bila la tu aku nk kawen...duit xde lg oiii...plus calon pn xde jugak.jom la kt layan lagu ni

berjaya dan bahagia

kejayaan dan kebahagian merupakan dua perkara yg semua orng inginkn..bagi kebanyakan daripada kita agak sukar untuk mencapai kedua-duanya sekaligus..ada yg berjaya dalam kerjaya, hidup mewah..tapi tak bahagia.. ada orng bahagia hidup, tapi kerjaya entah kemana. hidup dalam dunia sendiri..dia sorang je yg puas hati..tak pandang keliling dah..tetapi, tak mustahil juga kita sebagai manusia ni untuk mencapai kedua-duanya sekali..BERJAYA DAN BAHAGIA..mungkin berbekalkan kecekalan dan sedikit pengorbanan yang ikhlas dan dengn izinNya, xmustahil kita juga boleh mencapai kejayaan dan kebahagiaan itu serentak..Kepada yg nk berjaya n bahagia tu blh la baca2 sket tip ni sebagai panduan..

Tip 1: Mula kembali
Andai berusaha, tetapi tidak berjaya, jangan lah kita terus berhenti di situ. Mulakan kembali. kalo orng barat ckp " when thing s are not going right or u get knocked down, bounce right back again. " Selidik punca kegagalan dan cari jalan penyelesaian..ni sebenarnya mudah kalo ckp, tapi xramai antara kita yg buat camni.kebanyakannya, bila dah xberjaya, nk mulakan balik tu agak lambat. n ade yg stop terus..dengan alasan nasib xmenyebelahi, xde bakat, tangan panas..n lain2..Kalo kita tengok lekuk2 dia permukaan gua tu, kita sendiri blh pikir, ia xkan terhasil dengan setitik je air, tetapi ia perlukan beratus tahun tuk hasilkan lekuk2 tu..so kalo air yg setitik tu boleh, kenapa kita yg dikurniakan akal n sifat ni xblh..

Tip 2: Komitmen 100%
Jarang kita dengar orng yg berjaya 100% dengan hanya memberi komitmen 20 %. Kalo ade cepat2 bgth aku..aku nk jumpa orng tu..hahaha. Mungkin aku blh tambah lagi 1 tip yg di sumbang oleh dia lak kang..so berbalik kepada tip tadi..maka kita kena lah tumpukan sepenuh perhatian dengan misi dan visi asal kita..Beri sepenuh perhatian untuk mencapai kejayaan yg di inginkn . jangn hangat2 tahi ayam..panas jap je.

Tip 3: Cari penyelesaian bukan alasan
semestinya dalam kita meniti kejayaan, maka akan wujud halangan dan masalah yang sesekali menggoyahkan usaha yg sedang dilakukan. maka dgn sendirinya, orng yg menghadapi masalah dengan negatif akan mencari alasan..kononnya tuk cover kelemahan tu..hahaha. Di sini, kita selaku orng yg menghadapi mslh, harus lah jgn cepat gelabah, tenangkn hati, dan hendak lah slow2 cr jalan penyelesaiaan..Jangn sesekali brkata TAK BOLEH..kerana, permulaan ayat ini lah yg menyebabkan anda akan mereka or create seribu lagi alasan..

Tip 4: Bina hubungan dengan orang lain
Nak berjaya dalam kerjaya, mestilah kena ada ramai kenalan..tak kira lah dalam ape juga bidang. sebab kita tak tahu bila kita akan perlukan kepakaran tertentu yg tidak ada pada kita. bak kata pepatah berkawan biar beribu..berkawan lah smpai kita boleh ckp " saya kawan najib tu or nik aziz ke" hahaha..takat kenal, semua orng kenal..tuk berjaya n bahagia juga, kita prlulah menjaga hubungn dengn orng lain..hormati fmly, kwn2 dan juga rakan sekerja. xkira lah apa juga jawatan yang kita pegang..ape yg kita perlu ingat, kita juga perlukan orng sekeliling untuk berjaya..jangn pikir kita je betul n orng lain semuanya kurang serba serbi. jagn pikir pekerja bawahan tu xth pape..sebenarnya, tanpa pekerja bawahan, kelam kabut hidup kita..

Tip 5: Jaga diri sendiri
Paling penting sebelum kita menjaga orng lain, jagalah diri kita sendiri..sesekali manjakan diri dengan habiskn duit beli barang yg kita nk..tapi ikut la bajet. jangn melampau pulak..puaskn hati, dan pabila kita kecapi kejayaan, jangn lokek untuk memberi penghargaan kepada diri sndiri..bentuk penghargaan ni terpulanglah kepada citarasa sndiri..lakukan apa yg kita suka. Satu lagi yg penting, jangn dedahkan diri kita dengn bahaya..

Tip 6: Keluarlah dari kegelapan
Wahhh..ni susah sket nk terang..keluar dari kegelapan, bermakna mencari cahaya dalam hidup..Nak kan cahaya ni, kita kena keluar dr pemikiran lama. Cubalah sesuatu yang baru, yang lebih kreatif dan membina..jangn just tngok orng lain berjaya dlm bidang tu, so kita pn nk cuba bidang sm gak..orng lain jual nasi lemak, kita kena la jual air pulak..jangn semua jual nasi lemak, mati tercekik la jawabnya..

Tip 7: Jadilah tangan yang di atas
Jadilah insan yang pemurah..jangn semat sifat lokek..rezeki yg dikongsi dengan ikhlas, nescaya akan lebih mendapat keberkatan dan di gandakan lagi oleh Allah yang maha esa..Ape yang aku selalu sematkan dalam diri, jangn kedekut dengan kanak-kanak. sebab aku percaya setiap kanak2 tu ada rezeki dia masing2..so jadilah seorng insan yg selalu memberi..kerana tangan yg memberi itu lebih baik dr yg menerima..

Tip 8: Cari dimana keseronokan bekerja
Andai anda rasa sudah tidak seronok dengn suasana kerja, rakan2 sekerja sekarang, dan juga kerja sekarang, maka tidak salah jika anda cuba untuk bertukar angin mencuba pekerjaan yang baru.. tetapi sebelum tu, pastikan dulu kerjaya baru anda ni lebih best serba serbi la dr kerja lama..kalo x, mmg pecah kepala la..asyik nk tukar kerja je..bila nak maju oiiiii....


ok...tu je tip aku blh pikir takat ni..aku pn baru kerja 2 bulan..so ape lah sangat pengalaman yang aku ade tuk bagi tip lebih2..hope kita sama2 membina kejayaan dan kebahagian yg kita impikan..

Friday 15 July 2011

KENALILAH AKU..

hai...sebelum aku teruskn karier baru aku ni, nk la jugak aku kenlkan dr dulu..xkan nk men terjah je..kn la ikut flow jugak..so sini aku terangkn la sket pasal aku. malas nk tulis, so aku copy je dr resume..kahkahkah.


                                                                                                                                         


PERSONAL DATA

Age:
24
Gender:
Female
NRIC No:

H/P No:
Date of Birth:
23 March 1987
Place of Birth:
Setiu, Terengganu
Address:
SITI SUHAILA BT MOHAMAD,
LOT 187, JALAN HARUAN 5/6, PUSAT KOMERSIAL OAKLAND II,
70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Email Address:
Marital Status:
suhaila_ellhot@yahoo.com
Single
Health:
Excellent
Race:
Malay
Religion:
Islam
Nationality:
Malaysian
Language(s):
Malay, English.
Interest and Activities:
Traveling, shopping and outdoor activities.

sikit lagi aku nak tambah kemudian....



start berblog..

hai..sebenarnya dah lama aku nk ade blog ni..sampai lah ke hari ni aku duk asyik je baca blog orng..alih hari ni tanggal 15 hb 7 2011, maka tercipta n rasminya aku ade blog..ni pun dengan pertlongan kwn blog aku spender lobang..kalo tak haram tak jadi, puas aku godek. naseb aku ni xla buta it sngt, so xla susah mana sebenarnya..so pada seme yg minat nk bc singgah2 la..jgn malu jangn segan..