Saturday, 16 July 2011

berjaya dan bahagia

kejayaan dan kebahagian merupakan dua perkara yg semua orng inginkn..bagi kebanyakan daripada kita agak sukar untuk mencapai kedua-duanya sekaligus..ada yg berjaya dalam kerjaya, hidup mewah..tapi tak bahagia.. ada orng bahagia hidup, tapi kerjaya entah kemana. hidup dalam dunia sendiri..dia sorang je yg puas hati..tak pandang keliling dah..tetapi, tak mustahil juga kita sebagai manusia ni untuk mencapai kedua-duanya sekali..BERJAYA DAN BAHAGIA..mungkin berbekalkan kecekalan dan sedikit pengorbanan yang ikhlas dan dengn izinNya, xmustahil kita juga boleh mencapai kejayaan dan kebahagiaan itu serentak..Kepada yg nk berjaya n bahagia tu blh la baca2 sket tip ni sebagai panduan..

Tip 1: Mula kembali
Andai berusaha, tetapi tidak berjaya, jangan lah kita terus berhenti di situ. Mulakan kembali. kalo orng barat ckp " when thing s are not going right or u get knocked down, bounce right back again. " Selidik punca kegagalan dan cari jalan penyelesaian..ni sebenarnya mudah kalo ckp, tapi xramai antara kita yg buat camni.kebanyakannya, bila dah xberjaya, nk mulakan balik tu agak lambat. n ade yg stop terus..dengan alasan nasib xmenyebelahi, xde bakat, tangan panas..n lain2..Kalo kita tengok lekuk2 dia permukaan gua tu, kita sendiri blh pikir, ia xkan terhasil dengan setitik je air, tetapi ia perlukan beratus tahun tuk hasilkan lekuk2 tu..so kalo air yg setitik tu boleh, kenapa kita yg dikurniakan akal n sifat ni xblh..

Tip 2: Komitmen 100%
Jarang kita dengar orng yg berjaya 100% dengan hanya memberi komitmen 20 %. Kalo ade cepat2 bgth aku..aku nk jumpa orng tu..hahaha. Mungkin aku blh tambah lagi 1 tip yg di sumbang oleh dia lak kang..so berbalik kepada tip tadi..maka kita kena lah tumpukan sepenuh perhatian dengan misi dan visi asal kita..Beri sepenuh perhatian untuk mencapai kejayaan yg di inginkn . jangn hangat2 tahi ayam..panas jap je.

Tip 3: Cari penyelesaian bukan alasan
semestinya dalam kita meniti kejayaan, maka akan wujud halangan dan masalah yang sesekali menggoyahkan usaha yg sedang dilakukan. maka dgn sendirinya, orng yg menghadapi masalah dengan negatif akan mencari alasan..kononnya tuk cover kelemahan tu..hahaha. Di sini, kita selaku orng yg menghadapi mslh, harus lah jgn cepat gelabah, tenangkn hati, dan hendak lah slow2 cr jalan penyelesaiaan..Jangn sesekali brkata TAK BOLEH..kerana, permulaan ayat ini lah yg menyebabkan anda akan mereka or create seribu lagi alasan..

Tip 4: Bina hubungan dengan orang lain
Nak berjaya dalam kerjaya, mestilah kena ada ramai kenalan..tak kira lah dalam ape juga bidang. sebab kita tak tahu bila kita akan perlukan kepakaran tertentu yg tidak ada pada kita. bak kata pepatah berkawan biar beribu..berkawan lah smpai kita boleh ckp " saya kawan najib tu or nik aziz ke" hahaha..takat kenal, semua orng kenal..tuk berjaya n bahagia juga, kita prlulah menjaga hubungn dengn orng lain..hormati fmly, kwn2 dan juga rakan sekerja. xkira lah apa juga jawatan yang kita pegang..ape yg kita perlu ingat, kita juga perlukan orng sekeliling untuk berjaya..jangn pikir kita je betul n orng lain semuanya kurang serba serbi. jagn pikir pekerja bawahan tu xth pape..sebenarnya, tanpa pekerja bawahan, kelam kabut hidup kita..

Tip 5: Jaga diri sendiri
Paling penting sebelum kita menjaga orng lain, jagalah diri kita sendiri..sesekali manjakan diri dengan habiskn duit beli barang yg kita nk..tapi ikut la bajet. jangn melampau pulak..puaskn hati, dan pabila kita kecapi kejayaan, jangn lokek untuk memberi penghargaan kepada diri sndiri..bentuk penghargaan ni terpulanglah kepada citarasa sndiri..lakukan apa yg kita suka. Satu lagi yg penting, jangn dedahkan diri kita dengn bahaya..

Tip 6: Keluarlah dari kegelapan
Wahhh..ni susah sket nk terang..keluar dari kegelapan, bermakna mencari cahaya dalam hidup..Nak kan cahaya ni, kita kena keluar dr pemikiran lama. Cubalah sesuatu yang baru, yang lebih kreatif dan membina..jangn just tngok orng lain berjaya dlm bidang tu, so kita pn nk cuba bidang sm gak..orng lain jual nasi lemak, kita kena la jual air pulak..jangn semua jual nasi lemak, mati tercekik la jawabnya..

Tip 7: Jadilah tangan yang di atas
Jadilah insan yang pemurah..jangn semat sifat lokek..rezeki yg dikongsi dengan ikhlas, nescaya akan lebih mendapat keberkatan dan di gandakan lagi oleh Allah yang maha esa..Ape yang aku selalu sematkan dalam diri, jangn kedekut dengan kanak-kanak. sebab aku percaya setiap kanak2 tu ada rezeki dia masing2..so jadilah seorng insan yg selalu memberi..kerana tangan yg memberi itu lebih baik dr yg menerima..

Tip 8: Cari dimana keseronokan bekerja
Andai anda rasa sudah tidak seronok dengn suasana kerja, rakan2 sekerja sekarang, dan juga kerja sekarang, maka tidak salah jika anda cuba untuk bertukar angin mencuba pekerjaan yang baru.. tetapi sebelum tu, pastikan dulu kerjaya baru anda ni lebih best serba serbi la dr kerja lama..kalo x, mmg pecah kepala la..asyik nk tukar kerja je..bila nak maju oiiiii....


ok...tu je tip aku blh pikir takat ni..aku pn baru kerja 2 bulan..so ape lah sangat pengalaman yang aku ade tuk bagi tip lebih2..hope kita sama2 membina kejayaan dan kebahagian yg kita impikan..

No comments:

Post a Comment